“Sebagai Ketua Keluarga Dia Kena Selesaikan Apa Yang Patut”

“Sebagai Ketua Keluarga Dia Kena Selesaikan Apa Yang Patut”

Pelakon Nabila Huda meminta bapanya, Datuk Amy Search memainkan peranan untuk selesaikan kemelut keluarga antara mereka yang semakin berpanjangan.

Memetik BH Online, Nabila tau mesra disapa Abil turut meminta bertanyakan kepada bapanya mengenai ruang untuk berbaik.

BACA: “Ibu Tiri? Jijik! Mungkin Saya Boleh Panggil Dia ‘Perempuan Itu” – Nabila Huda

“Mungkin sebagai ketua keluarga dan seorang ayah, dia yang perlu selesaikan apa yang patut diselesaikan.

“Soal ruang untuk berbaik itu mungkin boleh tanya dia. Saya sudah banyak kali jawab soalan sama, tetapi setakat ini memang tiada jalan,” katanya.

Sementara itu, Abil seolah reda mengenai apa yang akan berlaku serta mengatakan seandainya mereka bertemu dia meluahkan rasa syukur.

“Mungkin hidup saya tidak akan sempurna sampai bila-bila. Saya reda dan akan teruskan hidup dengan melakukan perkara yang menggembirakan saya.

“Saya terima apa pun takdirnya. Kalau sampai waktu itu untuk kami bertemu, Alhamdulillah. Kalau tidak pun tidak mengapa, mungkin kita bertemu pada ‘kehidupan’ yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Abil berkata sebagai ibu dia tidak membayangkan jika terpaksa berpisah dengan anaknya sendiri, Kiesha Lemaire, namun tidak tahu bagaimana perasaan bapanya.

“Kalau saya kehilangan anak dan tak dapat jumpa Kiesha, saya rasa saya tidak mampu teruskan kehidupan.

“Saya mungkin tidak akan gembira dan akan menangis setiap hari sebab itu darah daging saya, anak yang membesar bersama saya.

“Tapi saya tidak tahu bagaimana dengan papa. Mungkin dia juga rasa, cuma tidak tahu bagaimana hendak lakukan,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top