Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Shukri iaitu Datin Seri Shahida berkongsi video menziarahi kubur orang tuanya pada bulan Ramadan.
Kabus kubur mendap
Screenshot
Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida memberitahu dia dan anak-anak melakukan aktiviti gotong royong membersihkan pusara ibu bapanya dan membantu mengambus tanah kubur mendap yang terdapat di kawasan sekeliling.
“Hari ini kita gotong royong sedikit dekat kubur. Sambil ziarah pusara ayah, mama anak-anak tutup balik tanah yang sudah mendap.
“Macam inilah kita nak cari pahala, walaupun tak tahu kubur itu milik siapa sebab tanah di sini memang sangat cepat untuk mendap,” katanya, semalam.
Ibu kepada enam cahaya mata itu juga dilihat menyuruh agar semua anak-anaknya bekerjasama membantu mengambil tanah bagi mempercepatkan lagi proses mengambus tanah kubur yang mendap.
Screenshot
Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memuji cara didikan usahawan itu kepada anak-anaknya dan mendoakan agar hubungan kekeluargaan mereka bahagia dunia dan akhirat.
Malah ada juga warganet yang meluahkan rasa simpati mengenang ibu-bapa yang sudah tiada apabila melihat perkongsian berkenaan.
Mendidik itu sangat penting

Contoh keluarga seimbang

al-Fatihah buat arwah ayah

Artikel lain: Ammar Ahyan pelik dihon pemandu, Shahida puji anak bawa Porsche ikut had laju
Terdahulu, usahawan itu meluahkan rasa sebak apabila mengenang semula perjalanan putera sulungnya, Ammar Ahyan yang semakin membesar.
Dia juga bersyukur dengan perancangan dan kehendak Tuhan kerana melihat anak lelakinya itu sudah banyak berubah menjadi lebih berani tidak seperti sebelumnya.
Sumber: TikTok shahidadherbs2




