“Dulu Merayu Nak Job, Dah Dapat Berlagak!” – Fizz Fairuz Sindir Individu Pandang Orang Atas Bawah

“Dulu Merayu Nak Job, Dah Dapat Berlagak!” – Fizz Fairuz Sindir Individu Pandang Orang Atas Bawah

Pelakon dan bekas penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz mencuri perhatian netizen selepas memuat naik ciapan dipercayai menyindir seorang individu yang didakwa berubah sikap selepas memperoleh peluang pekerjaan.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin dilihat meluahkan rasa berang terhadap individu berkenaan menerusi hantaran di platform Threads.

Dalam perkongsian itu, Fizz secara sinis menasihatkan individu tersebut supaya tidak terlalu berbangga dengan apa yang dimiliki kerana boleh berubah pada bila-bila masa.

“Dalam dunia ini tak perlu nak kembang dada sangat dengan apa yang kau dapat sebab benda itu sekejap saja.

“Dia bagi sebab kau yang minta, beria memujuk untuk dapatkan job itu,” tulisnya.

Fizz turut mendakwa individu berkenaan mula menunjukkan sikap berlagak selepas berjaya mendapatkan pekerjaan yang diinginkan.

“Bila dah dapat, kau berlagak nak mampus pandang orang atas bawah. Tengoklah berapa lama diorang boleh tahan, sebab sistem diorang masih ‘old school’.

“Hati-hati, standby job lain weh,” katanya.

Scroll to Top