“Dah Lebih 5 Hari Kerja!” – Netizen Tertanya-Tanya Bila LHDN Nak Bayar Balik Lebihan Cukai | Trending – Oh! Media

“Dah Lebih 5 Hari Kerja!” – Netizen Tertanya-Tanya Bila LHDN Nak Bayar Balik Lebihan Cukai | Trending – Oh! Media

Trending

Netizen tertanya-tanya bila LHDN akan bayar balik lebihan cukai. Ada kata 14 hari, ada juga cakap boleh cecah 30 hari bekerja.


Itu antara reaksi pembayar cukai di media sosial yang sedang menantikan pembayaran balik lebihan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut laporan Kosmo, rata-rata mereka dilihat tidak sabar menunggu wang lebihan cukai dikreditkan ke akaun, lebih-lebih lagi apabila Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan ramai yang mahu menggunakan wang tersebut untuk persiapan raya.

Ada yang ingat seminggu dah masuk akaun

Menurut beberapa pengguna, mereka sebelum ini percaya bahawa jika pengisytiharan cukai dibuat pada 1 Mac, pembayaran balik lebihan cukai akan dilakukan dalam tempoh seminggu sahaja.

Namun, perkara itu menjadi persoalan apabila ramai yang masih belum menerima bayaran selepas tempoh tersebut.

Pengguna kongsi tempoh sebenar bayaran balik

Gaji Minimum Duit

Menerusi perkongsian di laman Facebook “LHDN cari siapa hari ini”, seorang pengguna dikenali sebagai Muzzammil Mamat menjelaskan bahawa tempoh bayaran balik sebenarnya mengambil masa sehingga 14 hari bekerja.

Dalam masa 14 hari bekerja.. cuba sabar.

Dalam masa sama, seorang lagi pengguna memaklumkan bahawa proses bayaran semula lebihan cukai itu boleh mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan.

LHDN tetapkan tempoh sehingga 30 hari bekerja

Lhdn

Tinjauan di laman sesawang LHDN pula mendapati piagam pelanggan agensi itu menetapkan bahawa bayaran balik lebihan cukai boleh mengambil masa sehingga 30 hari bekerja selepas penghantaran borang.

Bagi Borang Nyata dihantar secara e-Filing
90 hari bekerja selepas penghantaran borang. Bagi Borang Nyata dihantar secara pos atau serahan tangan.

Tambah LHDN, proses ini bergantung kepada ketepatan maklumat yang dilaporkan dalam Borang Nyata serta dokumen sokongan yang mungkin diperlukan untuk semakan.

Susulan perkara itu, ada juga pengguna media sosial yang mula mengeluh kerana bimbang wang lebihan cukai tidak sempat digunakan untuk persiapan Hari Raya.

Tidak ‘beraya’ tahun ini.

Pssttt! Kalau melibatkan urusan kewangan seperti cukai, sebaiknya kita rancang lebih awal dan jangan terlalu bergantung pada bayaran balik. Pastikan juga maklumat e-Filing lengkap supaya proses LHDN berjalan lebih lancar.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top