Pelakon Kamal Adli berkata dia melihat bukan satu masalah besar tiada hak bermalam bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira.
Memetik mStar Online, Kamal berkata dia bersyukur kerana bekas isterinya, Uqasha Senrose sentiasa memudahkan urusannya untuk bertemu anak mereka.
BACA: “Terima Kasih Ayah Bawa Qeyaa Jalan-Jalan” – Uqasha Senrose
“Kami tiada hadanah cuma keputusan bersamalah. Tapi macam saya cakap saya gembira sebab Uqasha memudahkan saya untuk jumpa Hawra.
“Hak bermalam? Buat masa ini tidak lagi sebab saya faham dan tahu mungkin pihak Uqasha risau saya tiada pengalaman nak jaga Hawra.
“Tapi saya tak ada masalah pun, saya cuba faham dan dapat jumpa pun dah bersyukur sangat. Boleh laungkan masa dengan dia sebab masa tidur dia pukul 10 malam, jadi sebelum itu saya dah hantar dia balik,” katanya.
Bersendirian menyambut Ramadan kali ini, Kamal berkata tahun 2026 sangat berbeza lebih-lebih lagi tiada yang akan kejutkan untuk bangun sahur.
“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila tiada orang. Itu yang terlepas sahur. Hari ketiga sahur dah tak boleh bangun, tak mampu dah sebab tiada orang kejut.
“Sebelum ini bangun sebab kena kejutkan orang, pastikan orang sahur juga. Tahun ni tak makan pun tak apa, memang tangkap muat saja setakat ini, apa yang ada,” katanya.
Sumber: mStar Online




