Helikopter terhempas: 'Doakan suami syurga saya' – Isteri Kapten Zainol

Kuala Lumpur: Isteri kepada Kapten Zainol Afiq, memohon orang ramai supaya mendoakan suaminya, yang dilaporkan terbabit nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, petang tadi.

Zainol antara lima individu termasuk juruterbang, yang dilaporkan menaiki helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu yang terhempas berhampiran Short Takeoff and Landing Port (STOLport) Long Lellang.

Perkara berkenaan dikongsikan menerusi hantaran di akaun Threads milik @izzatisyamimi pada hari ini.

“Doakan saya dan anak anak. Doakan suami syurga saya,” katanya.

Terdahulu, sebuah helikopter BO-105 membawa lima individu termasuk juruterbang, dilaporkan terhempas dan terbakar di Long Lellang, Ulu Baram.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan petang tadi, mengesahkan insiden berkenaan.

CAAM dipetik berkata, pihaknya menerima notifikasi berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.

Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang, mengesahkan kesemua lima individu berada di dalam helikopter berkenaan, maut dalam kejadian itu.

Berita berkaitan:

Nahas helikopter di Long Lellang: Apa kita tahu setakat ini?

‘Semoga Ainul ditempatkan di syurga, dia anak yang baik’ – Ibu

Helikopter terhempas: ‘Kami sudah janji dengan pesakit’, kata penumpang sebelum berlepas

Helikopter terhempas: ‘Perginya ketika berkhidmat membawa rawatan, harapan kepada mereka yang memerlukan’

Helikopter terhempas: FDS talian hayat kesihatan penduduk Pedalaman Sarawak

Juruterbang, empat penumpang helikopter terhempas disahkan maut

‘Arwah rancang sambung belajar kerana mahu jadi doktor pakar’ – Bapa Dr Ainul

Layang Layang Aerospace bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan susulan nahas helikopter BO-105

Helikopter terhempas: ‘Baru dua hari anak balik ke Sarawak, hari ini kami dapat berita dia meninggal dunia’

Helikopter FDS terhempas bawa empat petugas KKM – Dzulkefly

Helikopter terhempas: Keluarga sahkan Dr Ainul meninggal dunia

Helikopter terhempas: PDRM gerak operasi SAR, 10 jam melalui darat

Helikopter ‘flying doctor’ terhempas di Sarawak, status 5 dalam pesawat belum diketahui

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top