Aaron-Wooi Yik mara separuh akhir Seluruh England

Aaron-Wooi Yik mara separuh akhir Seluruh England
Aaron-Wooi Yik mara separuh akhir Seluruh England

Aaron-Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Seluruh England 2026.

 

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2026 selepas menumpaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Birmingham pada Jumaat.

 

Pasangan ranking kedua dunia itu mencatat kemenangan 21-16, 20-22, 21-14 dalam pertarungan selama 61 minit, sekali gus menempah tiket ke kelompok empat terbaik kejohanan bertaraf Super 1000 itu.

 

Kemenangan itu juga menjadi yang kelima buat Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan senegara tersebut daripada lapan pertemuan keseluruhan sebelum ini.

 

Di separuh akhir, Aaron-Wooi Yik dijadualkan menentang pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi yang mara selepas menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat, 21-16 dan 21-10 dalam satu lagi aksi suku akhir.

 

Pertemuan itu bakal menjadi yang keempat antara kedua-dua pasangan dengan Aaron-Wooi Yik memiliki kelebihan rekod 3-1 ke atas gandingan dari China berkenaan.

 

Kemenangan dalam aksi separuh akhir nanti bakal membawa pasangan negara itu ke pentas final Seluruh England sekali gus membuka peluang untuk menambah satu lagi pencapaian berprestij dalam karier mereka di pentas antarabangsa. – Bernama

 

Ringkasan AI

  • BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2026 selepas menumpaskan rakan senegara
  • Pasangan ranking kedua dunia itu mencatat kemenangan 21-16, 20-22, 21-14 dalam pertarungan selama 61 minit
  • Kemenangan itu juga menjadi yang kelima buat Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan senegara tersebut daripada lapan pertemuan keseluruhan sebelum ini
  • Di separuh akhir, Aaron-Wooi Yik dijadualkan menentang pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi
  • Pertemuan itu bakal menjadi yang keempat antara kedua-dua pasangan dengan Aaron-Wooi Yik memiliki kelebihan rekod 3-1 ke atas gandingan dari China berkenaan
Scroll to Top