Isteri Aliff Syukri Tegur Ahmad Idham

Isteri Aliff Syukri Tegur Ahmad Idham

Oh! Artis

Shahida balas Ahmad Idham selepas dakwaan premis perniagaan jadi punca kesesakan di Kota Damansara.


Isteri kepada Datuk Alif Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menarik perhatian netizen selepas tampil membalas kenyataan pengarah dan pelakon Ahmad Idham berhubung isu kesesakan lalu lintas kawasan pejabat di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Isu ini timbul apabila Ahmad Idham mendakwa premis perniagaan milik Shahida menjadi tumpuan ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Kesal kawasan perniagaan mereka dilabel tidak bertamadun dengan Ahmad Idham

Aliff syukri

Shahida meluahkan rasa kesal apabila kawasan wisma miliknya dilabel sebagai kawasan tidak bertamadun. Katanya, premis tersebut sudah lama menjadi tempat dia dan suaminya menjalankan perniagaan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Shahida turut menjelaskan bahawa bangunan itu merupakan miliknya sendiri dan dia antara individu terawal yang berpindah ke kawasan tersebut.

Abang yang saya hormati, janganlah cakap wisma saya ini kawasan tidak bertamadun. Saya dekat wisma ini sejak tahun 2015 dan ini adalah bangunan yang saya beli sendiri. Saya adalah orang pertama yang pindah di sini.- Katanya.

Kawasan premis adalah zon perindustrian

Dalam masa sama, Shahida turut menjelaskan bahawa kawasan tersebut sebenarnya merupakan kawasan perindustrian dan bukannya lokasi sesuai untuk pembinaan sekolah.

Menurutnya, lokasi tersebut sememangnya dibangunkan sebagai kawasan perniagaan dan bukannya kawasan pendidikan.

Kalau ikutkan sini bukan kawasan sesuai untuk buat sekolah, sini kawasan perindustrian.- Jelasnya.

Ahmad Idham tampil beri penjelasan

Ahmad Idham

Sebelum ini, Ahmad Idham menerusi beberapa hantaran di Threads meluahkan rasa tidak puas hati apabila kawasan sekitar premis itu menjadi tumpuan ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama perniagaan, salah satu premis di kawasan tersebut dipercayai milik Shahida dan perkara itu mula menjadi perbualan netizen.

Susulan kenyataan balas Shahida, Ahmad Idham tampil mempertahankan kenyataannya dan menjelaskan bahawa hantaran dibuat sebenarnya adalah teguran kepada sikap pemilik kenderaan.

Beliau turut menegaskan bahawa perkongsian tersebut tidak menyebut tentang bangunan atau perniagaan mana mana pihak.

Pssttt! Ohmedia harap isu seperti ini boleh diselesaikan dengan baik tanpa salah faham. Kadang kadang bila sesuatu perkara tular di media sosial, mudah sangat berlaku salah tafsir kalau konteks asal tak difahami betul betul.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top