Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran

Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran

Istanbul: Beberapa letupan baharu kedengaran di ibu negara Iran, Tehran pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Agensi Berita Mehr Iran melaporkan bunyi letupan itu kedengaran di beberapa kawasan di Tehran.

Susulan itu, tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah memulakan gelombang serangan baharu ke atas Tehran dan Bandar Isfahan.

Penyiar rasmi IRIB melaporkan lebih banyak letupan kedengaran di bahagian timur ibu negara berkenaan.

Ketegangan serantau yang semakin memuncak ini menyusul selepas serangan udara bersama Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran pada 28 Feb, yang mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei, lebih 150 pelajar sekolah perempuan, serta pegawai kanan tentera.

Konflik itu telah mencetuskan ketidakstabilan serantau yang meluas serta serangan balas daripada Tehran terhadap lokasi yang mempunyai kaitan dengan AS di seluruh rantau berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top