Trump beri bayangan hantar tentera darat rampas uranium Iran

Trump beri bayangan hantar tentera darat rampas uranium Iran

Tehran: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu menimbulkan idea menghantar tentera darat ke Iran bagi mengamankan simpanan uranium diperkaya negara itu sebagai sebahagian usaha untuk memusnahkan program nuklear Tehran.

“Pada suatu ketika mungkin kami akan melakukannya. Itu akan menjadi sesuatu yang hebat.

“Kami belum melakukannya tetapi ia adalah sesuatu yang boleh kami lakukan kemudian,” kata Trump kepada pemberita semasa taklimat di dalam pesawat Air Force One.

Difahamkan, beberapa pengkritik perang AS-Israel ke atas Iran, yang dilancarkan Sabtu lalu berkata, serangan udara sahaja tidak mungkin mencapai matlamat memusnahkan kapasiti ketenteraan Iran dan menghalangnya daripada membangunkan bom nuklear.

Apabila ditanya mengenai penggunaan tentera darat secara umum, Trump tidak menolaknya.

“Bolehkah ada? Mungkin, atas sebab yang sangat baik, ia mesti atas sebab yang sangat baik.

“Dan saya akan katakan jika kami melakukannya, mereka akan begitu hancur sehingga tidak mampu bertempur di darat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top