Oh! Tidak
Iran dakwa 220 tentera AS terbunuh atau cedera selepas serangan balas ke atas pangkalan tentera Amerika di rantau Teluk.
Dalam perkembangan terkini, Iran mendakwa ratusan anggota tentera Amerika Syarikat sudah pun mampus dalam serangan balas mereka. Menurut laporan, Iran mendakwa seramai 220 tentera AS mampus atau cedera selepas Angkatan Bersenjata Iran melancarkan beberapa siri serangan terhadap kepentingan Amerika di rantau itu dalam tempoh 24 jam.
Jurucakap Markas Pusat Khatam al Anbiya, Leftenan Kolonel Ibrahim Zolfaghari mendakwa serangan tersebut menyasarkan beberapa lokasi ketenteraan Amerika Syarikat di rantau Teluk.
Beliau berkata serangan melibatkan Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpangkalan di Bahrain serta Pangkalan Udara Al Dhafra yang menempatkan kemudahan ketenteraan AS.
Selain itu, Iran juga mendakwa sebuah kapal tangki minyak milik Amerika Syarikat di utara Teluk Parsi turut menjadi sasaran serangan mereka.
Serangan balas Iran selepas diserang

Serangan ini didakwa berlaku selepas insiden pada 28 Februari lalu yang menurut Iran menyasarkan negara itu serta kemudahan nuklearnya.
Iran mendakwa serangan tersebut mengorbankan ratusan orang awam termasuk wanita dan kanak kanak serta beberapa komander tentera mereka.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron secara besar besaran terhadap wilayah yang diduduki Israel serta pangkalan tentera AS di beberapa negara di rantau itu.
Iran tegaskan tidak bermusuhan dengan negara tuan rumah

Dalam kenyataan sama, pegawai Iran turut menegaskan bahawa serangan tersebut hanya menyasarkan aset dan kepentingan Amerika Syarikat serta Israel.
Menurut mereka, Teheran tidak mempunyai permusuhan dengan negara tuan rumah yang menempatkan pangkalan tentera AS dan tetap menghormati kedaulatan negara tersebut.
Pssttt! Ohmedia harap situasi seperti ini tidak terus memarakkan konflik yang lebih besar. Apa pun yang berlaku, keselamatan orang awam sepatutnya sentiasa menjadi keutamaan semua pihak.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




