Pelakon Wanita, Suami Ditahan Semula, Kes Penjualan Lembu Pula

Pelakon Wanita, Suami Ditahan Semula, Kes Penjualan Lembu Pula

Pelakon wanita dan suaminya yang direman sebelum ini ditahan semula oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata kedua-duanya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

BACA: Pelakon Wanita, Suami Turut Disiasat Kes Tipu Tawaran Darjah Kebesaran

Menurutnya lagi, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman.

Terdahulu, pasangan itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tipu jual beli tanah turut disiasat berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran.

Minggu lalu, pelakon wanita itu ditahan di tempat persembunyian di di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top