am@hmetro.com.my
Dungun: Seorang bekas mudir direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual terhadap tiga pelajar lelaki, tahun lalu.
Perintah tahanan reman sehingga Khamis itu dikeluarkan Majistret Ng Yan Ni di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas membenarkan permohonan polis untuk melakukan siasatan mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat berkata, suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 11 malam tadi selepas polis menerima tiga laporan berhubung kejadian itu.
“Kejadian dipercayai berlaku berasingan antara April hingga September tahun lalu,” katanya.
Nik Ab Halim berkata, beberapa saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




