Pelakon Siti Elizad berkongsi pandangannya mengenai kehidupan rumah tangga dengan menjelaskan sokongan suami memainkan peranan penting dalam kesejahteraan emosi seorang isteri.Siti Elizad Mohd Sharifuddin.
Tak kisah tiada anak
Screenshot
Menerusi perkongsiannya dalam program Nona, pemilik nama Siti Elizad Mohd Sharifuddin menegaskan bahawa wanita sebenarnya mampu menerima keadaan sekiranya rumah tangganya tidak dikurniakan zuriat, asalkan suami memberikan kasih sayang serta mengambil berat terhadap perasaan isteri.
Katanya, perhatian dan layanan baik daripada suami mampu menjadi kekuatan terbesar buat seorang wanita dalam menjalani kehidupan berumah tangga.
Screenshot
“Tak ada anak ke, perempuan ni dia okey je. Dia boleh terima andai kata kalau suami dia manjakan isteri dan ambil tahu pasal isteri.
“Saya kena pesan kepada para suami. Kekuatan seorang isteri adalah daripada pasangannya. Ubat yang terbaik adalah dengan berkasih sayang,” katanya.
Elizad turut menasihatkan para suami supaya tidak mengabaikan perasaan isteri terutama ketika pasangan mereka sedang berdepan kesedihan atau tekanan.
Menurutnya, sikap tidak mengambil peduli hanya akan memburukkan lagi keadaan, sebaliknya pasangan perlu berusaha mencari jalan keluar daripada masalah yang dihadapi.
Screenshot
“Isteri bersedih hati, suami pun janganlah ignore, buat tak tahu. Kalau ada masalah, keluarlah daripada masalah tu.
“Jangan terlalu lama duduk kat situ. Kalau memang dah tak boleh dengan pasangan korang, make a move lah,” ujarnya.
Artikel lain: Siti Elizad izinkan suami berpoligami jika mahu zuriat -“Saya pun makin berusia..”
Perkongsian itu sekali gus menekankan bahawa kebahagiaan rumah tangga bukan semata-mata diukur melalui kehadiran anak, sebaliknya bergantung kepada sokongan, kasih sayang dan sikap saling memahami antara suami isteri.
Terdahulu, aktres terbabit mengizinkan suaminya berpoligami jika mahu berkahwin lain atas alasan zuriat. Menurutya, dia sudah reda kerana masih memiliki kekurangan selain akui tiada wanita di dunia ini mahu hidup berpoligami.
Sumber: TikTok heyluvmichelle




