Trending
STR Fasa 2 diawalkan bermula 10 Mac 2026 membabitkan RM1.3 bilion kepada lebih 5 juta penerima bagi membantu persiapan Ramadan dan Aidilfitri.
Berita baik buat rakyat Malaysia! Kerajaan bersetuju mengagihkan bantuan Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada lebih lima juta penerima secara berperingkat mulai esok.
Menurut laporan Kosmo, perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini.
Langkah ini dibuat bagi membantu rakyat membuat persiapan lebih awal menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
Bayaran STR Fasa 2 diawalkan

Menurut Anwar, pembayaran STR Fasa 2 yang sebelum ini dijadualkan pada April 2026 kini diawalkan kepada 10 Mac 2026.
Kita awalkan bayarannya, STR Fasa 2 sebelum ini sepatutnya dibayar bulan April 2026 tetapi kita awalkan kerana kita nak sambut bulan Ramadan dan Aidilfitri.
Jadi , kita awalkan kepada 10 Mac 2026 membabitkan RM1.3 bilion.
Secara keseluruhan, RM1.3 bilion diperuntukkan untuk agihan STR Fasa 2 kali ini.
Bantuan tambahan untuk penjawat awam dan pesara

Selain itu, kerajaan sebelum ini turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak.
Bayaran ini akan mula disalurkan pada 13 Mac.
Dalam masa sama, pesara kerajaan, veteran ATM dan veteran tidak berpencen turut menerima bantuan sebanyak RM250.
Bukan itu sahaja, lebih 70,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta takmir juga akan menerima BKK sebanyak RM500.
Pssttt! Bantuan seperti STR seharusnya dimanfaatkan dengan bijak, terutamanya untuk keperluan penting menjelang Ramadan dan Aidilfitri. Rancang perbelanjaan supaya lebih terurus.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




