“Tahun Ni Buat Dua Plan Raya, Kita Pun Tak Kalut” – PU Amin

“Tahun Ni Buat Dua Plan Raya, Kita Pun Tak Kalut” – PU Amin

Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Amin menggalakkan orang ramai untuk melakukan persiapan awal berikutan rata-rata rakyat Malaysia mula risau susulan Hari Raya diramalkan pada 20 Mac.

Menerusi perkongsian di Threads, PU Amin berkata lakukan dua perancangan raya supaya sambutan hari raya tidak menjadi kelam kabut.

BACA: “Ada Ibu Yang Nak Berpelukan, Luah Perasaan” – PU Amin Jelas Hukum Wanita Berjuang Tanpa Mahram

“Tahun ni kita kena buat 2 plan. Plan raya jumaat 20/3 dan Plan raya sabtu 21/3, jadi dah siap plan awal awal kita pun tak kalut. 

“Raya kena ikut anak bulan, dalam kalendar tu ramalan sahaja. Jadi siapkan 2 plan, terima dengan hati terbuka,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Mufti Negeri Perak melalui satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa takwim hijri yang diedarkan hanyalah berdasarkan data hisab awal sebagai panduan perancangan.

Walau bagaimanapun, penetapan rasmi 1 Syawal adalah tertakluk kepada proses rukyah hilal pada petang 29 Ramadan serta pengisytiharan pihak berautoriti.


Scroll to Top