AS, Israel akan tentukan bila perang berakhir – Trump

AS, Israel akan tentukan bila perang berakhir – Trump

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad berkata, keputusan untuk menamatkan perang dengan Iran akan dibuat secara ‘bersama’ dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Bercakap melalui telefon dengan The Times of Israel, Trump berkata Netanyahu akan memberikan pandangan dalam usaha menyelesaikan konflik itu.

“Saya fikir ia keputusan bersama… sedikit sebanyak. Kami sudah berbincang.

“Saya akan membuat keputusan pada masa yang sesuai, tetapi semua perkara akan diambil kira,” kata Trump.

Ditanya sama ada Israel boleh meneruskan perang selepas AS menghentikan serangannya, Trump berkata beliau tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top