Trending
Petugas umrah nafi buka tabung dana awam untuk tiket pulang jemaah terkandas di Jeddah, jelaskan situasi sebenar berlaku.
Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita tampil menyatakan satu laporan polis dibuat untuk menafikan dakwaan telah membuka tabung dana awam untuk membeli tiket pulang jemaah terkandas di Jeddah.
BACA: “Saya Mohon Maaf” – Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan Isu Minta Bantuan Ketika Terkandas Di Jeddah
Jelasnya, sebagai petugas dia tidak pernah menyuruh mana-mana jemaah di bawah seliaannya membuka tabung dana untuk tujuan tersebut.
Petugas syarikat umrah ceritakan hal sebenar
Beliau berkata lagi, dari hari pertama terkandas beliau sudah memaklumkan kepada semua jemaah bahawa tiket balik pada 28 Februari telah dibatalkan oleh syarikat penerbangan Emirates.
Syarikat Emirates juga telah berjanji akan menggantikan tiket tanpa sebarang bayaran, namun pihaknya tidak dapat memberikan tarikh pulang yang tepat disebabkan konflik Timur Tengah yang berlaku.
Sebagai petugas, beliau hanya patuh kepada nasihat orang yang lebih berpengetahuan dalam penerbangan.
Masa tu kan tengah perang, ruang udara ditutup jadi kami nak balik naik kapal apa? Nak tak nak Emirates kena tutup laluan udara sebab bila naik Emirates, kita akan transit di Dubai. Dan masa tu perang, takkan saya nak biar jemaah terbang juga ke Dubai?
Ujarnya, selepas mendapat kepastian bahawa Emirates akan menggantikan tiket baru, beliau terus memaklumkan kepada 29 jemaah terlibat.
Syarikat tidak pernah minta jemaah buka tabung



Beliau berpendapat, tidak perlu membuka tabung dana awam untuk tujuan tiket balik kerana tiket balik memang disediakan.
Takkan saya nak suruh jemaah saya beli tiket balik sendiri dengan kapal lain. Agak-agakla takkan kita nak buat macam tu sebab dari awal kita tahu, kita ada tiket balik.
Wanita ini berkata, dalam keadaan tidak diduga seperti ini, jemaah perlulah bersabar dan mereka akhirnya pulang pada 5 Mac selepas ruang udara dibuka semula.
Sepanjang terkandas juga, pihak syarikat tidak pernah meminta wang daripada jemaah kerana penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya.
Pihak emirates dan syarikat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua jemaah yang terkandas, tidak timbul isu kami tak buat kerja seperti yang digembar-gemburkan. Kami buat kerja sehabis yang boleh untuk bawa jemaah balik dengan selamat.
Beliau berkata, pihak syarikat tidak bertanggungjawab di atas tabung dana awam yang dibuka dan berharap para penderma dapat menuntut dengan orang yang sepatutnya.
Pssttt! Dalam situasi seperti ini, penting untuk semua pihak mendapatkan maklumat sahih sebelum membuat sebarang kesimpulan atau menyebarkan dakwaan di media sosial. Isu melibatkan jemaah umrah juga sangat sensitif kerana ia melibatkan keselamatan dan kepercayaan orang ramai. Semoga semua pihak lebih berhati-hati agar tidak menimbulkan salah faham yang boleh menjejaskan reputasi mana-mana pihak.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




