Pelajar maut akibat leher terkena sabit yang dibawa penunggang lain

Pelajar maut akibat leher terkena sabit yang dibawa penunggang lain

am@hmetro.com.my

Teluk Intan: Seorang pelajar kolej vokasional (KV) maut apabila lehernya terhiris sabit berhulu panjang ketika motosikal yang dinaikinya berselisih dengan motosikal membawa senjata itu dalam kejadian di Batu 4, Kampung Selabak, di sini, hari ini.

Mangsa, Adham Faisal, 17, iaitu pelajar Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila sabit yang dibawa oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal lain terkena pada bahagian leher mangsa.

“Ketika kejadian motosikal dinaiki mangsa serta motosikal dinaiki lelaki membawa sabit berkenaan saling berhampiran antara satu sama lain di atas jalan, justeru menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan akibat terkena sabit itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bakri berkata, susulan itu polis menahan dua lelaki warga asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan selain merampas beberapa barangan berkaitan kejadian itu termasuk sabit berhulu panjang serta motosikal.

Menurutnya lagi, ketika kejadian mangsa menaiki motosikal bersama rakannya namun rakan mangsa berusia 18 tahun itu hanya mengalami kecederaan pada tangan dan kini sedang menerima rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh, dengan kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top