Madrid: Pertahanan Alvaro Carreras dijangka terlepas perlawanan Real Madrid menentang Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara Rabu ini, manakala penyerang bintang Kylian Mbappe tidak berlatih bersama pasukan semalam kerana masih belum pulih daripada kecederaan lutut.
Mbappe, penjaring terbanyak Madrid musim ini, dijangka tidak dapat diturunkan di stadium Santiago Bernabeu akibat masalah lutut yang dialaminya sejak Disember lalu.
Carreras disahkan mengalami kecederaan otot pada betis kaki kanan, menurut kenyataan Madrid, namun tempoh ketiadaannya tidak dinyatakan.
Selain Carreras, Los Blancos menghadapi beberapa ketiadaan lain termasuk Jude Bellingham, Eder Militao, Rodrygo Goes, Dani Ceballos dan David Alaba yang masih dalam proses pemulihan.
Kebimbangan utama Madrid adalah kemungkinan ketiadaan Mbappe tanpa tempoh kepulihan yang jelas, walaupun media Sepanyol melaporkan penyerang Perancis itu menyasarkan aksi perlawanan kedua minggu depan.
Mbappe telah terlepas tiga perlawanan terakhir Madrid dan baru-baru ini pulang ke Paris untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lutut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




