Penyanyi baru, Intan Maya mengakui terkesan apabila menerima kecaman dalam kalangan warganet selepas diberi tanggungjawab menyanyikan semula lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ nyanyian asal, Anis Suraya.
Kata Intan atau nama lengkapnya, Intan Nor Mayasari, 25, dia tidak menyangka akan menerima kecaman sedemikian, namun memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.
“Tak expect kena kecam tapi tak apa. Macam saya, saya tak elak baca komen cuma kita ambil dari sudut positif sahaja.
“Walaupun sakit terima kecaman, tapi ia bagus untuk saya sebab orang akan cari siapa Intan Maya sebenarnya,” katanya.

Jelasnya, terdapat segelintir netizen yang mengkritik cara nyanyiannya selain ada yang membuat perbandingan yang kurang menyenangkan.
Tidak habis disitu, kecaman yang diterima membuatkan dia menangis hampir dua minggu.
“Ada orang cakap bila saya menyanyi, saya sengau dan ada juga yang bandingkan suara saya dengan AI.
“Paling teruk orang cakap saya ‘busuk, nak muntah” cumanya ia tak ada kaitan langsung tapi kenapa judge luar daripada isu?
“Tapi bila dikecam teruk macam tu, saya ada bercakap dengan pihak SRC dan mereka cuba tenangkan saya, bagi semangat dan minat saya terus mencuba,” jelasnya.



