“Semasa Saya Lalui Ujian Itu, Berat Badan Ibu Saya Turun 2 Kg”

“Semasa Saya Lalui Ujian Itu, Berat Badan Ibu Saya Turun 2 Kg”

Pelakon Nur Fazura mendedahkan ibunya merupakan invidu paling terkesan apabila dia diuji dengan kontroversi rumah tangganya.

Menerusi temu bual bersama stesen radio, Fazura berkata berat badan ibunya berkurang kerana susah hati melihat situasi sukar dilaluinya ketika itu.

BACA: “Saya Pantang Jadi Lembik” – Fazura Isytihar Nak Jadi Macam ‘Kuih Keria’

“Semasa saya lalui ujian itu, mama turutn dua kilogram. Dia memang sangat terkesan, mungkin dia tengok saya dia rasa kasihan.

“Saya tak tunjuk menangis depan dia.Tapi selepas itu dia bangkit semula selepas tengok saya okay,” katanya.

Menurut Fazura berkata kekuatan yang dimilikinya hari ini adalah kerana nasihat dari ibu serta berkongsikan kata-kata semangat oleh ibunya

“Antara nasihatnya adalah, ‘ini semua ujian..awak perlu lalui ini dengan tenang, saya selalu ada untuk awak dan awak ialah anak saya’.

“Itu antara yang selalu dia nasihat dan dia kata tak perlu baca apa-apa benda yang orang katakan,” katanya. 


Scroll to Top