Polis kesan lelaki rosak cermin sisi kereta

Polis kesan lelaki rosak cermin sisi kereta

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis mengesan lelaki yang merosakkan cermin sisi sebuah kereta di kawasan Cheras sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis menerima laporan polis pada jam 8.40 malam tadi mengenai satu video yang memaparkan seorang individu mematahkan cermin sisi sebuah kereta yang dimuatnaik di laman media sosial TikTok oleh pemilik akaun @cyberjayaviral.

Menurutnya, kejadian berlaku di kawasan Cheras dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih dalam siasatan untuk mengesan suspek dan pemilik kereta serta mengenalpasti pemilik akaun TikTok daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular video memaparkan lelaki memandu Honda HRV keluar dari kereta sebelum merosakkan cermin sisi kereta lain sebelum dia beredar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top