Isu RIBI tanpa kelulusan: Pulau Pinang sedia tapak alternatif, pemberian tanah bersesuaian- Kon Yeow

Isu RIBI tanpa kelulusan: Pulau Pinang sedia tapak alternatif, pemberian tanah bersesuaian- Kon Yeow

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan tersusun bagi menyelesaikan isu Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tanpa kelulusan melalui kaedah penempatan semula, penyediaan tapak alternatif serta pemberian tanah yang bersesuaian.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata langkah itu dilaksanakan bagi memastikan penyelesaian jangka panjang yang seimbang selain mengelakkan isu sama berulang pada masa hadapan.

Pulau Pinang sedia tapak alternatif, selesai isu

“Pendekatan toleransi diambil terhadap struktur sedia ada, namun penguatkuasaan tetap dilaksanakan terhadap pembinaan baharu yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
“Pada masa sama kita perlu tegas terhadap pembinaan baharu tanpa kelulusan supaya masalah ini tidak berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu berkenaan selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Transformasi Kecerdasan Buatan Industri Pulau Pinang di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC).

Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi dan Tanah serta Komunikasi berkata kerajaan negeri kini sedang mengenal pasti tapak alternatif yang sesuai bagi menyelesaikan isu berkaitan RIBI di kawasan Bukit Mertajam.

Menurutnya, isu RIBI tanpa kelulusan bukan hanya berlaku di Pulau Pinang malah turut melibatkan beberapa negeri lain di negara ini, namun pengurusan perkara tersebut di negeri itu dilihat lebih terkawal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini media melaporkan penganjuran satu perhimpunan berkaitan sebuah RIBI berhampiran Hospital Bukit Mertajam yang dijadual berlangsung pada 7 Mac lalu dibatalkan selepas kedua dua pihak mencapai permuafakatan hasil perbincangan bersama pihak berkuasa.

Artikel lain: “Enough is enough!”- Steven Sim gesa hentikan provokasi, rakyat Malaysia harus bersatu

Langkah itu difahamkan diambil bagi mengelakkan sebarang provokasi selain memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara.

Sumber: FB Chow Kon Yeow 曹觀友

Scroll to Top