Fazura pertahankan kenalan rapat – “Satu-satunya lelaki bertanggungjawab dalam rumah”

Fazura pertahankan kenalan rapat – “Satu-satunya lelaki bertanggungjawab dalam rumah”

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura, tampil mempertahankan rakan baiknya yang dikenali sebagai Chot selepas individu itu menjadi sasaran kritikan segelintir netizen di media sosial.

Lelaki bertanggungjawab dalam rumah

Screenshot

Menerusi satu hantaran di Thread, Fazura menjelaskan bahawa Chot sudah lama berada di sisinya dan banyak membantu dalam kehidupan seharian, termasuk menjaga anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Menurut Fazura, Chot sudah bersama dengannya selama 17 tahun dan dianggap sebagai individu yang sangat dipercayai dalam keluarga.

Screenshot

“Siapa berani sentuh @c_h_o_t saya ni? Untuk pengetahuan anda, dia dah bersama saya selama 17 tahun. Menjaga Fatima dari Fatima dalam perut saya juga,” ciapannya, semalam.

Pelakon itu turut menjelaskan bahawa Chot banyak membantu menguruskan keperluan anaknya sejak kecil, termasuk ketika dirinya masih hamil.

“Menjadi satu-satu nya sosok ‘lelaki’ di dalam rumah saya selama ni yang ada sifat tanggungjawab dari belikan susu, pampers dan segala keperluan Fatima,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Chot bukan sahaja membantu menjaga Fatima, malah sering melakukan pelbagai perkara lain bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

“Ganti bulb lampu hingga tolong tukar tayar kereta orang lain yang orang tu sendiri pun tak mampu nak buat. Bila Fatima sakit, Chot juga yang drive.
“Jadi, hati-hati bila bercakap, jangan sampai akan makan diri sendiri pula,” kongsinya.

Sehubungan itu, Fazura mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan di media sosial agar tidak menimbulkan fitnah atau perkara yang boleh memakan diri sendiri.

Artikel lain:Fazura puji Kamal Adli tak lupa belikan baju raya buat bekas isteri & anak -“Kak Faz respect!”

Sebelum ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu memuji keprihatinan aktor, Kamal Adli yang tidak lupa membelikan baju raya buat bekas isteri, Uqasha Senrose dan anaknya, Hawra Uqaira.

Menurutnya, dia berasa kagum dengan tindakan Kamal apabila diberitahu sudah membelikan baju raya buat dua wanita penting dalam kehidupannya dan menyatakan bahawa aktor terbabit sangat gentleman serta menghormati apa yang dilakukan olehnya.

Sumber: Threads missfazura

Scroll to Top