Apabila Ramadan mula melabuhkan tirainya, debaran rindu kian terasa dalam sanubari setiap anak perantau.
Bunyi takbir yang bakal berkumandangan dan bayangan wajah ibu bapa di kampung halaman menjadi pemangkin untuk semangat merancang perjalanan pulang.
Namun, hakikatnya kepulangan itu bukan sekadar sampai ke destinasi, tetapi mengenai kualiti pengalaman perjalanan yang membawa diri kembali ke pangkuan insan tersayang.
Memahami betapa bermaknanya musim perayaan ini, Malaysia Airlines tampil menyemarakkan sambutan dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih bermakna kepada para penumpang.
Keselesaan balik kampung tanpa kompromi
Pemandangan sekitar Kuantan, Pahang(kanan), serta Gunung Kinabalu(kiri) – FOTO Freepik
Bagi mereka yang merancang kepulangan ke Semenanjung atau Sabah dan Sarawak, Malaysia Airlines kekal sebagai pilihan utama.
Sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, Malaysia Airlines memahami keperluan penumpang yang membawa muatan lebih ketika musim perayaan.
Tiada lagi istilah gusar tentang timbangan beg kerana kemudahan bagasi percuma membolehkan segala persiapan baju raya dan buah tangan buat keluarga dibawa tanpa keraguan.
Bahkan, perjalanan ke destinasi seperti Kuantan, Kuching, Kota Kinabalu atau Miri juga terasa lebih selesa apabila ditemani layanan mesra kru kabin yang sinonim dengan “Malaysian Hospitality”.
Sambil melayan perasaan rindu, penumpang Kelas Perniagaan berpeluang menikmati hidangan ikonik ‘Signature Satay’, manakala penumpang Kelas Ekonomi boleh mencuba pilihan menu ‘Best of Asia’.
Kehangatan tradisi tetap terasa walaupun berada di ketinggian ribuan kaki di udara.
Terokai destinasi percutian impian
Selain balik kampung, musim cuti panjang ini membuka peluang untuk pengembara merancang percutian ke luar negara.
Malaysia Airlines menawarkan beberapa destinasi menarik dengan tambang eksklusiff, fokus kepada pengalaman budaya dan landskap yang unik.
Tokyo, Jepun
Bunga sakura di Tokyo – FOTO Freepik
Tokyo menggabungkan tradisi Jepun dengan kemodenan kota metropolitan.
Dari keindahan bunga sakura di Taman Ueno hingga ke kemeriahan Shibuya dan Ginza, pengunjung boleh menikmati pengalaman budaya, gastronomi autentik, serta suasana bandar yang mengagumkan.
Chiang Mai, Thailand
Kuil di bandar lama pekan Chiang Mai, Thailand – FOTO Freepik
Bagi mereka yang ingin suasana lebih santai, Chiang Mai di utara Thailand menampilkan kuil bersejarah, pasar malam meriah dan pemandangan gunung yang menenangkan.
Bandar ini menawarkan pengalaman autentik untuk pengembara yang ingin meneroka sisi tradisional Thailand.
Colombo, Sri Lanka
Colombo menampilkan gabungan sejarah, budaya dan kehidupan bandar moden.
Pengunjung boleh menikmati pemandangan laut di Galle Face Green, meneroka bangunan bersejarah serta mencuba pelbagai hidangan tempatan yang kaya dengan rempah ratus.
Trivandrum, India
Terletak di negeri Kerala, Trivandrum atau Thiruvananthapuram terkenal dengan pantai tropika, kuil ikonik dan warisan budaya yang kaya.
Destinasi ini sesuai untuk pengembara yang ingin percutian berunsur alam dan budaya.
Sentuhan Ramadan di awan biru
Sebagai pelengkap ibadah buat mereka yang masih dalam perjalanan, Malaysia Airlines turut menyediakan ‘Ramadan Festive Box’ yang boleh dipratempah untuk penerbangan terpilih.
Inisiatif ini memastikan setiap penumpang dapat berbuka puasa dengan sempurna, sekali gus menunjukkan kebajikan pengembara sentiasa menjadi keutamaan syarikat penerbangan nasional.
Manfaat eksklusif buat perancang bijak
Perancangan awal adalah kunci kepada perjalanan yang tenang.
Penumpang digalakkan membuat tempahan terus melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines.
Selain daripada tawaran tambang domestik bermula RM219 untuk perjalanan pergi balik termasuk semua caj ke destinasi seperti Kuantan, Kota Kinabalu dan lain-lain, pelanggan juga berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan.
Antaranya ialah diskaun sehingga 15 peratus.
Ahli Enrich pula bakal menerima potongan tambahan sebanyak lima peratus.
Promosi ini berlangsung dari 10 Mac hingga 23 Mac 2026 untuk tempoh perjalanan sehingga 18 Disember 2026.
Apa yang lebih penting, fleksibiliti untuk melakukan perubahan tarikh tanpa yuran pertukaran memberikan ketenangan minda, terutamanya semasa musim perayaan yang kadangkala tidak menentu.
Segalanya bermula di malaysiaairlines.com, kerana setiap kepulangan dan percutian selayaknya diraikan dengan kemuliaan dan keselesaan yang tiada tandingan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




