Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan melalui hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.
Agong berkenan tunai zakat RM10 juta


Beberapa keping gambar turut dimuat naik menerusi hantaran tersebut, menunjukkan Seri Paduka Baginda melafazkan pembayaran zakat harta.
Cek zakat diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd Radzi Mohd Amin, di Istana Pelangi, Johor Bahru.


Artikel lain: YDP Agong titah pemimpin usah bermain politik atas isu sensitif, seru rakyat bersatu
Penyerahan disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali.
Sumber: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar




