Sultan Ibrahim Bayar Zakat RM10 Juta Untuk Tahun 2026

Sultan Ibrahim Bayar Zakat RM10 Juta Untuk Tahun 2026

Oh! Islam

Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat RM10 juta kepada MAINJ bagi tahun 2026 di Istana Pasir Pelangi Johor Bahru.


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi menunaikan tanggungjawab dengan membuat bayaran zakat RM10 juta bagi tahun 2026. Perkara itu dimaklumkan sendiri menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi baginda pada Rabu.

Menerusi perkongsian tersebut, bayaran zakat berkenaan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dan menjadi antara sumbangan besar baginda bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri Johor.

Sultan Ibrahim serah cek zakat

Dalam hantaran yang dimuat naik, Sultan Ibrahim menyerahkan cek zakat RM10 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Mohd Radzi Mohd Amin.

Penyerahan tersebut dilakukan dalam satu majlis di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Turut hadir menyaksikan majlis berkenaan ialah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Nasri Md Ali.

Menariknya, jumlah zakat RM10 juta yang dibayar pada tahun ini adalah sama seperti yang telah ditunaikan oleh Sultan Ibrahim pada tahun lalu.

Pada tahun 2025, Sultan Ibrahim juga menyerahkan bayaran zakat dengan jumlah RM10 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi membantu usaha kebajikan dan pengagihan kepada golongan asnaf.

Pssttt! Ohmedia rasa tindakan macam ni memang patut dijadikan contoh. Bila ada rezeki lebih, jangan lupa tanggungjawab untuk berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Kadang-kadang sedikit bantuan daripada kita boleh beri makna besar kepada orang lain.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top