
Negara anggota G7 yang terdiri daripada ekonomi utama dunia menyatakan keterbukaan secara umum untuk melepaskan rizab minyak kecemasan susulan kesan ekonomi daripada perang Iran – Gambar hiasan
PARIS – Negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) yang terdiri daripada ekonomi utama dunia menyatakan keterbukaan secara umum untuk melepaskan rizab minyak kecemasan susulan kesan ekonomi daripada perang Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Pada prinsipnya, kami menyokong pelaksanaan langkah proaktif bagi menangani situasi ini, termasuk penggunaan rizab strategik,” menurut kenyataan bersama menteri tenaga negara anggota G7 yang diedarkan pada Rabu oleh Perancis selaku pengerusi G7 ketika ini.
Harga minyak meningkat dengan ketara sejak bermulanya konflik itu.
Negara anggota G7 terdiri daripada Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, United Kingdom, Perancis dan Itali.
Pemimpin negara G7 dijadualkan membincangkan kesan ekonomi perang serta situasi tenaga dalam satu persidangan video pada petang Rabu.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai perbincangan diadakan mengenai kemungkinan pelepasan rizab minyak negara. Agensi Tenaga Antarabangsa juga mengadakan mesyuarat khas pada Selasa bagi membincangkan perkara itu. – Bernama
Ringkasan AI
- Negara anggota Kumpulan Tujuh menyatakan keterbukaan untuk melepaskan rizab minyak kecemasan susulan kesan ekonomi dari perang Iran
- Kenyataan bersama menteri tenaga G7 menyokong penggunaan rizab strategik
- Harga minyak meningkat ketara sejak bermulanya konflik
- Anggota G7 adalah Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, United Kingdom, Perancis dan Itali
- Pemimpin G7 akan membincangkan kesan ekonomi perang dan situasi tenaga dalam persidangan video



