lokman.khairi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen 5.35 peratus dengan jumlah pengagihan sebanyak RM524.74 juta, bagi tahun kewangan 2025.
Pengagihan dividen berkenaan meningkat berbanding RM514.20 juta yang dibayar pada tahun 2024, menjadikannya jumlah agihan dividen tertinggi LTAT dalam tempoh lapan tahun.
Agihan berkenaan memberi manfaat kepada lebih 125,014 pencarum yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Selain itu, ia juga menyaksikan tahun keempat berturut-turut LTAT mengekalkan dividen pada kadar lima peratus mencerminkan pendekatan pelaburan yang berdisiplin serta usaha berterusan dana dalam mengoptimumkan portfolio pelaburannya pada persekitaran ekonomi yang dinamik.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd




