12 Mac 2026 10:18am
Masa membaca: 4 minit

Kementerian Pertahanan Arab Saudi memintas 18 dron yang menyasarkan wilayah timur negara itu. Foto Agensi
ISTANBUL – Kementerian Pertahanan Arab Saudi pada Khamis memaklumkan bahawa pasukannya memintas 18 dron yang menyasarkan wilayah timur negara itu, lapor Anadolu Ajansi.
Kementerian itu mengeluarkan kenyataan berkenaan menerusi satu hantaran di platform X, dengan memetik jurucakap kementerian berkenaan. Tiada butiran lanjut diberikan.
Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan serantau memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lepas yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei, serta mencederakan lebih 10,000 yang lain, menurut pihak berkuasa Iran.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Kementerian Pertahanan Arab Saudi memintas 18 dron yang menyasarkan wilayah timur negara
- Makluman itu disiarkan melalui platform X
- Tiada butiran lanjut diberikan mengenai pemintasan dron tersebut
- Ketegangan serantau meningkat akibat serangan bersama Israel dan AS ke atas Iran
- Iran melancarkan balasan dengan menyerang menggunakan dron dan peluru berpandu ke beberapa negara



