Oh! Artis
Atikah Suhaime jelaskan niatnya hanya mahu berkongsi kegembiraan, setiap anak yatim pulang dengan hadiah.
Pelakon Atikah Suhaime baru-baru ini berkongsi momen istimewa apabila memilih untuk meraikan sambutan hari lahir anaknya dengan menjemput anak-anak yatim bagi memeriahkan majlis tersebut.
Namun begitu, tindakan tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang mempertikaikan keputusan tersebut kerana bimbang ia boleh membuatkan kanak-kanak itu berasa sedih.
Netizen anggap anak yatim akan sedih

Menurut Atikah, dia tidak pasti kenapa ada pihak yang mempersoalkan tindakannya meraikan majlis hari jadi anak bersama anak-anak yatim.
Tak sure kenapa orang pertikaikan celebrate dengan anak yatim. I thought they will be happy. Semua pulang dengan ‘hadiah birthday’ instead of goodie bags. Semua anak-anak balik dengan hadiah. Including my anak-anak guests.
Dalam majlis tersebut, setiap kanak-kanak yang hadir diberikan hadiah istimewa dan bukan sekadar goodie bag seperti kebiasaan majlis hari jadi kanak-kanak.
Kanak-kanak lebih positif daripada disangka

Atikah turut menjelaskan bahawa ramai sebenarnya salah faham mengenai emosi kanak-kanak yang dibesarkan di rumah kebajikan.
To be honest, anak-anak ni semua diorang takda negative mindset, ‘jealous tengok orang ada mak ayah’. In fact diorang sangat happy kalau dapat jemput makan kat luar, sambut birthday…
Tambahnya lagi, kanak-kanak tersebut sebenarnya sangat positif dan mudah gembira apabila dapat meluangkan masa bersama orang lain.
Kongsi kegembiraan bersama anak yatim
Dalam masa sama, Atikah berharap orang ramai tidak cepat membuat andaian dan lebih terbuka untuk berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim.

Melalui perkongsian video tersebut, kelihatan kanak-kanak yang hadir menikmati pelbagai aktiviti seperti bermain bouncy castle, makan bersama dan menerima hadiah.
Pssttt! Kadang-kadang niat baik boleh disalah faham oleh sesetengah pihak. Apa yang penting sebenarnya adalah keikhlasan untuk berkongsi kegembiraan. Jika dilakukan dengan cara yang baik, ia boleh menjadi pengalaman indah buat semua kanak-kanak yang terlibat.
Kredit: Instagram Atikah Suhaime
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




