“Tua Muda Hilang Sopan, Ikutlah Adab Kita” – Ustazah Asma’ Harun Nasihat Hentikan Trend Joget Ambil Duit Raya

“Tua Muda Hilang Sopan, Ikutlah Adab Kita” – Ustazah Asma’ Harun Nasihat Hentikan Trend Joget Ambil Duit Raya

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menegur trend segelintir individu yang mengambil duit raya sambil berjoget kerana disifatkan tidak selari dengan adab dan budaya masyarakat.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ustazah Asma’ menasihatkan orang ramai agar tidak lagi menjadikan perkara itu sebagai trend pada tahun ini.

Menurutnya, perbuatan tersebut boleh menyebabkan seseorang hilang rasa sopan dan malu, tanpa mengira usia.

“Jangan dibuat lagi tahun ini trend ambil duit raya berjoget-joget. Tua, muda jadi hilang sopan dan sifat malu,” katanya.

Dalam masa sama, Ustazah Asma’  turut mengingatkan agar masyarakat kembali kepada adab yang sepatutnya ketika menerima duit raya.

“Bila ada yang beri duit raya, ikutlah adab dan adat kita iaitu bersalaman, ucap terima kasih dan bersyukur atas rezeki Allah beri,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut dan menyifatkan peringatan berkenaan sebagai nasihat yang baik kepada masyarakat.

Scroll to Top