
Penasihat bebas IJM Corporation Bhd berkata tawaran pengambilalihan oleh Sunway Bhd pada harga RM3.15 sesaham adalah tidak adil dan tidak munasabah.
PENASIHAT bebas IJM Corporation Bhd berkata tawaran pengambilalihan oleh Sunway Bhd pada harga RM3.15 sesaham adalah tidak adil dan tidak munasabah sekali gus mengesyorkan pemegang saham menolak tawaran itu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, IJM berkata penasihat yang dilantik, M&A Securities Sdn Bhd berkata, harga tawaran itu adalah pada diskaun antara RM2.69 hingga RM3.33, iaitu kira-kira 46.1 peratus hingga 51.4 peratus berbanding anggaran nilai saham IJM dalam lingkungan RM5.84 hingga RM6.48.
“Lembaga pengarah bersetuju dengan kesimpulan dan syor oleh M&A Securities bahawa tawaran itu adalah tidak adil dan tidak munasabah.
“Sehubungan itu, lembaga pengarah sebulat suara mengesyorkan pemegang saham menolak tawaran berkenaan,” kata syarikat itu.
Tawaran itu akan terus dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang, 6 April 2026.
Pada 12 Januari, Sunway mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk memperoleh keseluruhan 3.51 bilion saham IJM pada harga tawaran RM3.15 sesaham. – Bernama
Ringkasan AI
- Penasihat bebas IJM Corporation Bhd menilai tawaran pengambilalihan oleh Sunway Bhd sebagai tidak adil dan tidak munasabah Tawaran harga oleh Sunway adalah RM3.15 sesaham, dianggap pada diskaun antara 46.1 peratus hingga 51.4 peratus Anggaran nilai saham IJM adalah dalam lingkungan RM5.84 hingga RM6.48 Lembaga pengarah IJM sebulat suara mengesyorkan pemegang saham menolak tawaran Sunway Tawaran pengambilalihan Sunway akan terus dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang, 6 April 2026



