Apabila mendirikan rumah tangga, setiap pasangan pastinya mengimpikan satu ruang yang luas untuk membesarkan keluarga.
Kawasan yang tenang dan jauh dari kesesakan semestinya jadi impian kan? Memandangkan di pusat bandar seperti Kuala Lumpur dah semakin padat, Cyberjaya merupakan pilihan terbaik jika anda mahu memiliki rumah yang mempunyai nilai jangka panjang.
Pada yang nak survey rumah raya nanti, ini kami nak kongsikan projek Sejati Residences 4.
Sejati Residences 4: Ruang Luas, Status Freehold, Nilai Jangka Panjang


Menetap hampir 10 tahun di Kuala Lumpur, tipulah kalau tak terdetik untuk memiliki rumah di luar kesibukan Kuala Lumpur.
Dalam banyak-banyak projek yang sedang dibangunkan ada satu projek yang berjaya tarik perhatian kami iaitu Sejati Residences 4 yang dibangunkan oleh Paramount Property di Cyberjaya.
Projek ni merupakan fasa kediaman landed eksklusif yang menekankan aspek keluasan, keselesaan dan keselamatan komuniti.
Antara kekuatan utama projek ini ia berstatus Freehold untuk pemilikan kekal, jadi sangat sesuai kalau korang merancang untuk settle down apabila berkeluarga. Dari segi keluasan pula, antara 2,267 kaki persegi hingga 2,854 kaki persegi.

Bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan merancang keluarga, Sejati Residences 4 menawarkan 5 bilik tidur dengan 5 bilik air en-suite – ia memberi privasi untuk setiap ahli keluarga. Ibu bapa, anak-anak, malah tetamu yang datang bermalam juga mempunyai ruang masing-masing.
Bagi keluarga moden yang mengamalkan konsep kerja dari rumah, ruang tambahan boleh dijadikan pejabat mini tanpa mengganggu kawasan rehat utama.
Komuniti Berpagar Dengan Elemen Hijau Yang Menenangkan

Bab safety tak perlu risau sebab Sejati Residences 4 merupakan kawasan komuniti gated & guarded. Dalam suasana bandar yang semakin padat, elemen hijau menjadi satu kemewahan. Sejati Residences 4 menyediakan 1.5 ekar taman hijau yang direka sebagai ruang interaksi dan rekreasi untuk penduduk.
Tujuh fasiliti luar yang disediakan memberi peluang untuk beriadah tanpa perlu keluar jauh. Anak-anak boleh bermain dalam persekitaran yang lebih selamat, manakala ibu bapa boleh berjoging atau bersantai pada waktu petang.
Gabungan komuniti berpagar dan berpengawal pula memberikan ketenangan dari segi keselamatan. Akses terkawal memastikan persekitaran lebih privasi dan terurus.
Lokasi Strategik Berhampiran Kemudahan Penting
Kediaman yang baik bukan sekadar cantik, tetapi juga praktikal dari segi lokasi. Sejati Residences 4 terletak berhampiran beberapa kemudahan utama seperti:
- Tamarind Square dan Village Grocer
- King Henry VIII College
- SK & SMK Cyberjaya
- Hospital Cyberjaya
- Avisena Specialist Hospital (Dijangka siap pada 2028)
Akses mudah ke pusat komersial memudahkan urusan harian seperti membeli barangan keperluan, menjamu selera atau menguruskan perkhidmatan lain. Dengan adanya institusi pendidikan dan hospital yang berdekatan pula memberi nilai tambah kepada keluarga yang mementingkan kemudahan lengkap dalam satu kawasan.
Malah siap ada akses mudah ke Kuala Lumpur melalui MEX Highway.
Apabila kebanyakan keperluan harian berada dalam jarak dekat, kebergantungan kepada perjalanan jauh dapat dikurangkan. Secara tidak langsung, tekanan akibat trafik juga boleh diminimumkan.
Jom Ke Property Raya Open House & Rebut Peluang Menang Cabutan Hadiah Bernilai Sehingga RM22K!
Bagi yang nak tengok sendiri susun atur dan unit pameran sebenar di Sejati Residences 4, apa kata korang datang ke Paramount Property Raya Open House yang akan diadakan pada 19 April 2026
Inilah peluang untuk melawat show unit, faham perincian projek dengan lebih dekat serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran semasa.
Tapi bukan itu saja tau, bakal pembeli juga berpeluang untuk sertai Raya Lucky Draw yang menawarkan hadiah bernilai sehingga sehingga RM22,000. Wow, syok tu!
Miliki Rumah Impian Bersama Sejati Residence 4!

Apabila trafik semakin membebankan dan masa bersama keluarga semakin terhad, pemilihan kediaman menjadi satu keputusan yang penting. Sejati Residences 4 menawarkan kombinasi ruang luas, persekitaran hijau, keselamatan komuniti dan lokasi strategik dalam satu pembangunan yang terancang yang pastinya menjadi impian ramai.
Psstt.. Kalau korang ke bilik pameran Sejati Residences 4, jangan lupa untuk bawa pulang paket raya tau!
Maklumat lanjut mengenai KLIK SINI.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.




