Disangka terkunci dalam rumah, rupanya meninggal dunia

Disangka terkunci dalam rumah, rupanya meninggal dunia

mdroji@bh.com.my

Kuching: Wanita warga emas ditemui meninggal dunia selepas disangka terkunci di dalam rumahnya di Flat Betong KMC, Jalan Central Timur, di sini malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada 9.10 malam sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan bergegas ke lokasi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, pemanggil yang juga jiran mangsa memaklumkan wanita terbabit dipercayai berada di dalam rumah namun pintu kediaman itu tidak dapat dibuka.

“Sebaik pasukan tiba, anggota bertindak membuka pintu rumah sebelum menemui seorang wanita warga emas itu tidak sedarkan diri.

“Mangsa dikenali sebagai Ku Nyuk Yin, berusia lingkungan 90-an,” katanya memaklumkan pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top