Trending
Menurut polis, dakwaan terhadap Zamri Vinoth dan Tamim Dahri dibuat selepas mereka berjaya dibawa pulang.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan terhadap Zamri Vinoth dan Tamim Dahri telah pun selesai dijalankan.
Menerusi kenyataan media rasmi Ketua Polis Negara, beliau menjelaskan bahawa kertas siasatan berkaitan kes ini sudah dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
Kertas siasatan Zamri Vinoth dirujuk kepada peguam negara
Menurut PDRM, siasatan terhadap Zamri Vinoth dibuat berhubung kenyataan berkaitan penganjuran satu perhimpunan di perkarangan Sogo, Kuala Lumpur pada 7 Februari 2026.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang melibatkan kenyataan yang boleh menyebabkan khianat awam serta menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada orang ramai.
Pada masa sama, siasatan berkaitan kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum India oleh individu sama turut dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang.
Kes itu dipertimbangkan untuk tindakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Tamim Dahri disiasat kes rosakkan simbol suci
Dalam perkembangan berkaitan, PDRM turut mengesahkan siasatan terhadap Tamim Dahri telah selesai dijalankan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang melibatkan perbuatan merosakkan atau mencemarkan objek yang dianggap suci oleh mana-mana agama.
Namun, PDRM memaklumkan hasil maklumat risikan mendapati kedua-dua suspek dipercayai telah melarikan diri ke negara Thailand.
Usaha untuk mengesan mereka kini sedang dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.
Menurut polis lagi, pertuduhan terhadap kedua-dua individu tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat selepas mereka berjaya dikesan dan dibawa pulang.
Pssttt! Isu yang melibatkan sensitiviti agama dan kaum memang sangat mudah mencetuskan ketegangan dalam masyarakat. Sebab itu setiap individu perlu lebih berhati-hati dalam tindakan dan kenyataan supaya tidak menimbulkan salah faham atau kemarahan pihak lain.
Kredit: PDRM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




