Oh! Islam
PU Syed tegur trend content joget balik raya dan galakkan hasilkan kandungan lebih bermanfaat sempena Hari Raya.
Menjelang musim perayaan, media sosial biasanya akan dipenuhi dengan pelbagai jenis kandungan berkaitan Hari Raya. Namun begitu, tidak semua trend yang muncul mendapat sokongan semua pihak.
Terbaru, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai PU Syed turut berkongsi pandangannya mengenai trend video joget yang sedang popular di TikTok.
PU Syed tegur content joget
Menerusi satu perkongsian di media sosial, PU Syed berpendapat warga pendidik sepatutnya menghasilkan kandungan yang lebih bermanfaat.
Daripada buat content joget balik mana raya, sebagusnya warga pendidik buat rakaman takbir raya. Atau yang lebih bermanfaat. Trend joget ni seolah-olah tak boleh nak dibendung dah.. bakpelah jadi gini.
Menurutnya, rakaman seperti takbir raya atau kandungan yang mempunyai nilai positif mungkin lebih sesuai dikongsi, terutama ketika musim perayaan yang penuh dengan makna.
Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan ada yang bersetuju dan ada juga yang melihatnya sebagai pandangan peribadi.
Pssttt! Media sosial hari ini memang penuh dengan pelbagai trend yang datang dan pergi. Ada yang sekadar hiburan, ada juga yang memberi manfaat kepada orang ramai.
Apa pun jenis kandungan yang dikongsi, mungkin lebih baik jika kita cuba seimbangkan antara hiburan dan perkara yang memberi nilai positif kepada masyarakat.
Kredit: Instagram PU Syed
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




