Care Bears meriahkan kempen Jom Raya Kaw Kaw di Resorts World Genting

Care Bears meriahkan kempen Jom Raya Kaw Kaw di Resorts World Genting

GENTING (RWG) menampilkan suasana perayaan penuh keceriaan di puncak awan dengan kehadiran ‘Care Bears’ bagi memeriahkan sambutan hari raya Aidilfitri melalui kempen Jom Raya Kaw Kaw dari 13 Mac hingga 12 April ini.

Care Bears menjadi tarikan utama di Kimhua Atrium dalam suasana perayaan yang direka khas bagi menggembirakan pengunjung semua peringkat usia.

Melalui gabungan elemen nostalgia budaya pop dengan sentuhan perayaan lengkap dengan hiasan ceria dan dekorasi menarik menjadikannya lokasi ideal bagi pengunjung untuk merasai kemeriahan Syawal bersama keluarga dan rakan-rakan.

Peminat turut berpeluang menyertai sesi ‘Meet and Greet Care Bears’ pada hujung minggu dari 14 hingga 28 Mac ini selain berpeluang bertemu Cheer Bear dan Grumpy Bear secara bersemuka.

“Pengunjung juga boleh mengunjungi kedai pop-up barangan bertema Care Bears sepanjang tempoh acara bagi mendapatkan pelbagai barangan dan koleksi eksklusif yang sesuai dijadikan hadiah atau kenangan istimewa.

“Pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam Bengkel Lukisan Coaster Raya di Kimhua Atrium pada hujung minggu dari 14 hingga 22 Mac atau merakam kenangan perayaan di Care Bears Digital Photobooth.

“Dalam semangat berkongsi rezeki, kempen Kurma Sejuta Rasa akan berlangsung dari 7 hingga 20 Mac ini di mana pengunjung yang mengikuti platform media rasmi SkyAvenue berpeluang menebus pek kurma percuma di Kaunter Informasi Zouk Atrium (Aras 1), tertakluk kepada stok harian yang ada,” jelas RWG melalui kenyaataan pada Sabtu.

Menurut RWG lagi, ganjaran perayaan melalui program Syawal Redemption (Belanja dan Tebus) dari 14 Mac hingga 12 April ini memberi peluang kepada pengunjung yang mencapai jumlah perbelanjaan tertentu menebus sampul raya eksklusif Care Bears, baucar beli-belah dan barangan edisi terhad.

Jelasnya, sebagai sebahagian daripada kempen Jom Raya Kaw Kaw, RWG menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menjemput kanak-kanak kurang berkemampuan untuk turut merasai kemeriahan Hari Raya di resort berkenaan.

Pengunjung disambut dengan hiasan karusel yang memukau sebagai tarikan utama dekorasi perayaan kali ini.

Pengunjung disambut dengan hiasan karusel yang memukau sebagai tarikan utama dekorasi perayaan kali ini.

Sementara itu, Di Pavilion Hall, pengunjung disambut dengan hiasan karusel yang memukau sebagai tarikan utama dekorasi perayaan kali ini.

“Struktur unik dihiasi motif bulan sabit dan bintang yang berputar perlahan selain laluan masuk dihiasi gerbang berbentuk bintang bercahaya, menjadikan lokasi ini menarik untuk bergambar serta menikmati suasana raya yang meriah.

“Sepanjang musim perayaan ini juga, SkyAvenue menampilkan pelbagai persembahan hiburan harian, termasuk Raya Mana Dance Show, Raya Robot Show, Wayang Kulit, Cak Lempung, Dikir Barat dan persembahan menarik lain,” ujarnya.

RWG berkata, di Jom Makan SkyAvenue (Aras G), pengunjung boleh menikmati Set Setalam Aidilfitri hingga 23 Mac 2026 dengan harga RM45 dengan pelbagai hidangan menyelerakan.

Jom Makan Street Food (Aras 4) pula menawarkan aneka kerabu hingga 23 Mac dengan pelbagai pilihan ulaman dan kerabu tradisional bermula dari RM8.

Sementara itu, Trattoria Il Lago memperkenalkan Spaghetti Seafood Assam Pedas yang menggabungkan cita rasa tempatan dengan sentuhan klasik Itali.

Kemeriahan raya di Resorts World Awana diteruskan melalui Riang Raya Kaw Kaw dari 9 Mac hingga 5 April dengan pelbagai aktiviti budaya dan kreatif termasuk permainan tradisional Melayu, tulisan kaligrafi Jawi, lukisan batik serta aktiviti mewarna.

“Bagi pengunjung yang ingin menikmati percutian di tanah tinggi, pakej Cuti-Cuti Raya kini dibuka untuk tempahan hingga 28 Mac bagi penginapan dari 20 hingga 29 Mac .

“Pengunjung boleh memilih daripada enam kategori bilik, termasuk Superior Deluxe (dari RM332 untuk ahli Genting Rewards Card/RM360 untuk bukan ahli); Superior Deluxe Sixer (dari RM432/RM471), Club Suite (dari RM507/RM550) dan Executive Suite (dari RM732/RM800).

“Bagi kumpulan lebih besar, Villa ditawarkan bermula dari RM1,588, manakala Mansion ditawarkan dari RM1,788,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti platform media rasmi RWG.

Ringkasan AI

  • GENTING (RWG) memeriahkan Aidilfitri dengan kempen Jom Raya Kaw Kaw bersama kehadiran ‘Care Bears’
  • Care Bears menjadi tarikan utama dengan hiasan perayaan di Kimhua Atrium
  • Pengunjung boleh bertemu secara bersemuka dengan Cheer Bear dan Grumpy Bear dalam sesi ‘Meet and Greet’
  • Pelbagai aktiviti disediakan seperti Bengkel Lukisan Coaster Raya dan pengambilan gambar di Care Bears Digital Photobooth
  • Program CSR diadakan dengan menjemput kanak-kanak kurang berkemampuan merasai kemeriahan raya di resort
Scroll to Top