nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memasang sebanyak 333 kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah asrama tahun ini.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata pemasangan CCTV berkenaan tahun ini membabitkan fasa kedua selepas fasa pertama selesai dilakukan.
“Bagi fasa pertama tahun lalu, kita sudah memasang sebanyak 200 CCTV di sekolah asrama yang terpilih.
“Bagi fasa kedua pula, sebanyak 333 CCTV akan dipasang di sekolah yang dikenal pasti dan kini ia di peringkat teknikal,” katanya pada sidang media selwpas menghadiri Program Jaulah Ramadan dan Komuniti Kementerian Penddiikan di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa, hari ini.
Menurutnya, pemasangan CCTV tidak boleh dilakukan dengan mudah atau sesuka hati sebaliknya perlu penelitian kerana ia membabitkan privasi kanak-kanak.
“Sebab itu kita akan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak supaya lokasi pemasangan CCTV berkenaan tidak menjadi isu.
“Bagaimanapun, kita akan menyegerakan pemasangan berkenaan untuk fasa kedua tahun ini,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




