Segi Fresh dan D’Mart Segi Fresh santuni masyarakat sempena Ramadan

Segi Fresh dan D’Mart Segi Fresh santuni masyarakat sempena Ramadan

KUALA KUBU BHARU – Segi Fresh menerusi rangkaian pasar raya miliknya termasuk Segi Fresh dan D’Mart Segi Fresh terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat melalui penganjuran beberapa program komuniti sempena Ramadan tahun ini.

Antara program yang dianjurkan ialah Majlis Berbuka Puasa Segi Fresh & Maggi Bersama Komuniti yang berlangsung di Segi Fresh Sentosa Square, Rawang pada 5 Mac lalu, dihadiri lebih 150 tetamu.

Ia diikuti Majlis Berbuka Puasa D’Mart Segi Fresh Bersama Komuniti Felda di D’Mart Segi Fresh Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu pada 13 Mac yang menghimpunkan lebih 200 tetamu.

Kedua-dua program tersebut melibatkan barisan pengurusan syarikat, rakan kerjasama Nestle Malaysia melalui jenama Maggi, pemimpin komuniti serta penduduk setempat dalam usaha mengeratkan hubungan antara perniagaan dan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Segi Fresh dan Ahli Lembaga Pengarah D’Mart Segi Fresh, Chia Ah Keong berkata, Ramadan merupakan masa yang amat bermakna untuk memperkukuh hubungan antara organisasi, rakan industri dan komuniti setempat.

Menurutnya, melalui program seperti ini, Segi Fresh dan D’Mart Segi Fresh bukan sahaja dapat berinteraksi secara lebih dekat dengan masyarakat, malah berpeluang berkongsi keberkatan Ramadan melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Selain menawarkan barangan segar berkualiti pada harga berpatutan, kami juga komited untuk terus menyumbang kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Ah Keong (lapan dari kiri) dan Juan Aranols (sembilan dari kanan) bergambar bersama barisan pengurusan Segi Fresh, Nestle & Maggi bersama wakil komuniti setempat.

Ah Keong (lapan dari kiri) dan Juan Aranols (sembilan dari kanan) bergambar bersama barisan pengurusan Segi Fresh, Nestle & Maggi bersama wakil komuniti setempat.

Sempena Ramadan, Segi Fresh dan D’Mart Segi Fresh turut melaksanakan beberapa inisiatif khas termasuk penyertaan dalam Jualan Rahmah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta penyediaan terminal MyKasih bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di semua cawangan.

Selain itu, syarikat turut menawarkan kupon diskaun RM50 kepada penerima SARA di cawangan terpilih bagi membantu meringankan perbelanjaan barangan keperluan harian sepanjang Ramadan dan persiapan Aidilfitri.

Program komuniti tersebut turut melibatkan aktiviti gotong-royong menyediakan bubur lambuk bersama komuniti setempat serta sumbangan moreh kepada masjid dan surau berhampiran.

Majlis di Sungai Tengi turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), Sakinah Salleh bersama barisan pengurusan KPF dan KPF Trading serta pemimpin komuniti Felda setempat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapore & Brunei, Juan Aranols, berkata kerjasama bersama Segi Fresh melalui jenama Maggi mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pelaksanaan program komuniti di negara ini.

Menurut beliau, inisiatif tersebut diharap dapat membawa kegembiraan kepada masyarakat setempat selain mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dan rakan industri.

Ringkasan AI

  • Segi Fresh memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat melalui program komuniti sempena Ramadan
  • Majlis Berbuka Puasa diadakan di Segi Fresh Sentosa Square dan D’Mart Segi Fresh Felda Sungai Tengi
  • Program ini melibatkan kerjasama dengan Nestle Malaysia dan Maggi, pemimpin komuniti serta penduduk setempat
  • Segi Fresh dan D’Mart Segi Fresh menyumbang kepada masyarakat melalui inisiatif seperti Jualan Rahmah dan penyediaan terminal MyKasih
  • Aktiviti gotong-royong bubur lambuk dan sumbangan moreh kepada masjid dan surau juga merupakan sebahagian dari program komuniti mereka
Scroll to Top