Kongsi keberkatan bersama masyarakat

Kongsi keberkatan bersama masyarakat

suliati@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suasana Ramadan tahun ini lebih bermakna buat komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Lembah Klang apabila jenama mi segera, Mi Sedaap menganjurkan siri jelajah Jom Berbuka Bersama Mi Sedaap bagi mendekati masyarakat secara langsung sepanjang bulan mulia ini.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama TV3, Pepper Labs dan Dapur Digital itu adalah lanjutan kepada program Jom Berbuka terbitan TV3 yang ditaja sepenuhnya oleh Mi Sedaap.

Menerusi inisiatif berkenaan, setiap sesi diisi dengan aktiviti memasak bersama selebriti di dapur Pepper Labs sebelum diagihkan kepada kira-kira 350 penerima di setiap lokasi.

Selain menikmati juadah berbuka puasa, komuniti setempat turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang dianjurkan sepanjang program berlangsung.

Pada masa sama, Mi Sedaap turut menyampaikan kotak Kongsi Rezeki yang mengandungi barangan keperluan asas kepada rakan Dapur Digital terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah, selaras dengan tagline ‘Kongsi Rezeki, Nikmati Rasa Asli Mi Sedaap.’

Siri jelajah Jom Berbuka Bersama Mi Sedaap itu melabuhkan tirainya di PPR Hiliran Ampang dan turut dihadiri Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima, Farah Shamsudin serta Pengurus Serantau Gentle Supreme Sdn Bhd, Ng Hock Guan.

Tiga siri jelajah itu dilaksanakan di lokasi berbeza sekitar Lembah Klang dengan pembabitan selebriti dan personaliti TV3 bagi memeriahkan suasana berbuka bersama komuniti.

Antaranya, pasangan ibu dan anak popular Nabila Huda dan Keisha Laila di PPR Wangsa Sari pada 21 Februari lalu; pelawak Angah dan Wawa di PPR Sri Perlis 2 pada 28 Februari lalu dan Cef Fazley dan Fariedz Fazley pada 3 Mac di lokasi kemuncak, PPR Hiliran Ampang 3 Mac lalu.

Ketiga-tiga program itu dikendalikan Syahira Izzati dan Asyraf Jamaluddin.

Usahasama ini membuka ruang kepada TV3, penaja dan rakan strategik untuk mengeratkan ukhuwah selain mendekatkan diri dengan penonton serta pengguna.

Inisiatif itu juga mencerminkan komitmen bersama dalam berkongsi keberkatan Ramadan dengan komuniti, selaras dengan aspirasi untuk terus kekal relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia.

Kerjasama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan demi memberi manfaat berterusan kepada komuniti.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top