Kerajaan komited lindungi kebajikan rakyat, harga diesel Sabah Sarawak kekal RM2.15 seliter – PM Anwar

Kerajaan komited lindungi kebajikan rakyat, harga diesel Sabah Sarawak kekal RM2.15 seliter – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan terus komited melindungi kebajikan rakyat, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup susulan kenaikan harga minyak dunia.

Sewaktu merasmikan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026, beliau menekankan kerajaan MADANI sentiasa memastikan rakyat tidak terbeban.

Kerajaan komited lindungi kebajikan rakyat

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Menurutnya, kerajaan mengekalkan harga runcit diesel pada RM2.15 seliter di Sabah dan Sarawak bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

“Rakyat hanya membayar kira-kira separuh daripada kos sebenar, manakala selebihnya ditanggung kerajaan melalui subsidi,” kata Anwar, sambil menjelaskan kos sebenar diesel ketika ini mencecah kira-kira RM4.30 seliter.

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Tambah beliau, jumlah subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak pada 2025 adalah sekitar RM2.0 bilion dan dijangka meningkat kepada RM4.6 bilion pada 2026 jika harga minyak kekal tinggi.

Artikel lain: Langkah penjimatan! PM Anwar hadkan lawatan menteri, anggota pentadbiran ke luar negara

Keputusan ini bertujuan mengekalkan kestabilan kos pengangkutan dan bekalan barangan keperluan harian.

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Tegasnya, langkah ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan rakyat terus mendapat perlindungan sewajarnya daripada lonjakan harga tenaga.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Scroll to Top