Azmee Nin dilantik Presiden PSKLM bagi penggal 2026 hingga 2028

Azmee Nin dilantik Presiden PSKLM bagi penggal 2026 hingga 2028

SHAH ALAM – Ketua Operasi Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (ProLintas), Azmee Nin dilantik sebagai Presiden Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) bagi penggal 2026 hingga 2028.

Biro Komunikasi Strategik PSKLM, Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, keputusan itu dibuat susulan Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 persatuan tersebut yang diadakan baru-baru ini di IJM Land Centre of Excellence (I.C.E), Pantai Sentral Park.

Menurutnya, PSKLM kini mempunyai 28 ahli berdaftar yang mewakili projek lebuh raya yang sedang beroperasi serta dalam pembinaan di seluruh Malaysia.

“Barisan kepimpinan baharu ini komited untuk memperkukuh kerjasama strategik antara syarikat ahli, meningkatkan kecemerlangan operasi dan memperkasa komunikasi industri demi manfaat pengguna lebuh raya serta pembangunan infrastruktur negara.

“PSKLM juga merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan terdahulu atas khidmat dan sumbangan mereka serta mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa utama yang baharu dilantik,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain itu, barisan kepimpinan baharu PSKLM turut menyaksikan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Ahmad Fuad Ahmad Shahimi sebagai Timbalan Presiden.

Turut dilantik ialah Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM Corporation Berhad, Chua Lay Hoon sebagai Setiausaha, manakala Ketua Pegawai Eksekutif AFA Prime Berhad, Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz memegang jawatan Bendahari.

Ringkasan AI

  • Azmee Nin dilantik sebagai Presiden PSKLM untuk penggal 2026 hingga 2028
  • Keputusan pelantikan dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 PSKLM baru-baru ini
  • PSKLM mempunyai 28 ahli berdaftar mewakili projek lebuh raya di Malaysia
  • Barisan kepimpinan baharu berkomitmen meningkatkan kerjasama strategik dan kecemerlangan operasi
  • Pelantikan Ahmad Fuad sebagai Timbalan Presiden, Chua Lay Hoon sebagai Setiausaha, dan Ahmad Faizi Latifi sebagai Bendahari
Scroll to Top