12 kanak-kanak antara yang terkorban dalam serangan AS-Israel di Iran

12 kanak-kanak antara yang terkorban dalam serangan AS-Israel di Iran

Istanbul: Serangan berterusan gabungan Amerika Syarikat (AS) dan Israel di Tehran sejak akhir bulan lalu meragut sekurang-kurangnya 503 nyawa manakala kira-kira 5,700 lagi cedera.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Tehran, Mohammad Esmail Tavakoli memaklumkan agensi berita ISNA bahawa majoriti mangsa yang maut adalah orang awam.

Angka korban ini membabitkan 12 kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga 12 tahun.

AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran bermula 28 Februari lalu.

Operasi ketenteraan ini sudah membunuh ramai individu, termasuk pemimpin tertinggi, Ali Khamenei.

Tehran membalas tindakan itu melalui serangan dron serta peluru berpandu ke arah Israel, selain menyasarkan Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top