Ribut pasir mengganas, langit Gaza bertukar jingga

Ribut pasir mengganas, langit Gaza bertukar jingga
Ribut pasir mengganas, langit Gaza bertukar jingga

Ribut pasir itu turut mengancam kesihatan penduduk Gaza kerana terdedah kepada debu tebal. – Foto Agensi

GENTING GAZA – Derita penduduk Palestin di Genting Gaza bertimpa-timpa selepas ribut pasir ganas melanda wilayah itu pada Sabtu.

Kebanyakan khemah sementara yang menjadi tempat berlindung penduduk di tengah dan selatan Gaza turut musnah dalam kejadian itu.

Rakaman yang dikongsikan di media sosial menunjukkan beberapa pemuda Palestin cuba menyokong struktur khemah yang hampir roboh kerana diterbangkan angin kencang.

Beberapa kanak-kanak meredah ribut pasir di Gaza. - Foto Agensi

Beberapa kanak-kanak meredah ribut pasir di Gaza. – Foto Agensi

Selain itu, keadaan langit bertukar jingga akibat ‘amukan’ ribut pasir tersebut juga meraih perhatian warganet yang bersimpati dengan nasib penduduk Palestin kerana dilanda ujian tanpa henti pada minggu akhir Ramadan.

Dalam perkembangan berkaitan, sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin terkorban selepas rejim Zionis berterusan menggempur seluruh wilayah tersebut.

Lebih 650 kematian direkodkan setelah Israel berterusan melanggar gencatan senjata goyah yang berkuat kuasa pada Oktober 2025. – Agensi

RIbut pasir itu turut membawa angin kencang yang merobohkan khemah sementara menjadi tempat berlindung penduduk Palestin. - Foto Agensi

RIbut pasir itu turut membawa angin kencang yang merobohkan khemah sementara menjadi tempat berlindung penduduk Palestin. – Foto Agensi

 

 

Ringkasan AI

  • Derita penduduk Palestin di Genting Gaza bertambah akibat ribut pasir ganas
  • Khemah sementara tempat berlindung musnah
  • Pemuda Palestin cuba menyokong struktur khemah hampir roboh
  • Keadaan langit bertukar jingga menarik perhatian warganet
  • Sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin terkorban akibat serangan rejim Zionis
Scroll to Top