Penyanyi Aisha Retno menjadi perhatian ramai selepas mengalunkan bacaan ayat al-Quran dalam satu program secara siaran langsung Tazkirah Malam Jumaat.
Menerusi program itu, Aisha dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membaca surah al-Qadr dengan penuh penghayatan.
BACA: “Itu Trademark Saya” – Aisha Retno Tenang Jawab Dikritik Pakai Korset Luar Kebaya

Dalam satu hantaran di Threads, Aisha berkata dia memohon maaf kerana tidak dapat menahan sebak kerana maksud disebalik ayar berkenaan menyentuh hatinya.
“Maaf jikalau saya sebak membawa surah Al-Qadr. Sebelum datang studio tadi ada baca tafsir sikit tentang surah ini, ia sangat bermakna dan sentimental. Terima kasih sudi jemput saya mengaji,” tulisnya.
Difahamkan, bacaan Aisha itu turut mendapat pujian Ustaz Tarmizi kerana penuh penghayatan sehingga menimbulkan rasa sebak dalam dirinya.




