“Saya Tak Lagi Bersama Dia” – Dj Kidd, Emma Maembong Dah Berpisah?

“Saya Tak Lagi Bersama Dia” – Dj Kidd, Emma Maembong Dah Berpisah?

Perkongsian deejay kelab malam yang dikaitkan dengan Emma Maembong iaitu Dj Kidd mengesahkan bahawa mereka bukan lagi pasagan kekasih.

Menerusi perkongsian di Threads, Dj Kidd memuat naik hantaran bagi mengelakkan orang ramai terus bertanyakan mengenai pelakon itu.

BACA: “Kalau Dia Nak Rumah, Beli Je” – DJ Kidd Kongsi Cara Tenangkan Wanita Senggugut

“Salam satu Malaysia, di sini saya nak memaklumkan di mana saja saya berada orang sibuk tanya saya dimanakah pasangan saya. 

“Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia,” tulisnya.

Sementara itu, Dj Kidd turut berharap selepas penjelasan itu dibuat tiada lagi persoalan serta mendoakan kebahagiaannya.

“Saya harap tiada lagi persoalan selepas ini dan saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin,” tulisnya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun netizen membuat spekulasi serta mengaitkan kenyataan tersebut dengan Emma.


Scroll to Top