Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengingatkan orang ramai agar tidak membuat pembelian panik susulan konflik Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata bekalan makanan negara masih mencukupi dan stabil sehingga Julai ini.
“Semua mencukupi. Semua macam biasa. Jangan beli panik. Kalau berniat beli 4 ekor, biarlah 4 ekor. Tak payahlah beli panik kerana mencukupi sampai bulan tujuh (Julai).
“Keadaan (bekalan makanan) stabil Insya-Allah di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak.
“Kalau ada kesan akan datang mungkin di sudut harga, tapi barangnya cukup,” katanya, semalam.

Artikel lain: Jangan panik! Bekalan makanan negara cukup hingga pertengahan tahun -Mat Sabu
Beliau turut memaklumkan bahawa KPKM akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa berkenaan bekalan makanan negara, termasuk kesan kenaikan harga petrol ke atas produk makanan sehingga empat bulan akan datang.

“Kenaikan harga semua ni, kesannya mungkin dalam 3-4 bulan lagi. Kita akan buat pengumuman dari masa ke semasa. Sekarang ini tak ada.
“Hari ini masih harga lama, harga biasa. Ayam harga lama, daging pun harga lama. Besok juga ada jualan daging atau mantai besar-besaran di Stadium Shah Alam dengan harga RM25 sekilogram esok,” katanya lagi.

Katanya lagi, sebarang kenaikan harga bekalan makanan negara perlu mengambil kira pandangan semua pihak, khususnya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Kewangan.
“Sebab barang yang ada ini barang yang disediakan dulu. Jadi kesan (kenaikan harga) mungkin dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi,”ujar beliau.
Sumber: Malaysia Gazette




