Kantoi curang dengan isteri, bekas peserta program realiti nyanyian ditangkap bermesra bersama wanita lain

Kantoi curang dengan isteri, bekas peserta program realiti nyanyian ditangkap bermesra bersama wanita lain

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai isteri kepada penyanyi yang pernah meraih tempat ketiga dalam sebuah program realiti nyanyian bertindak behrang setelah mendakwa suaminya berlaku curang dengan wanita lain.

Kantoi curang

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita berkenaan dipercayai merakam insiden itu ketika berada di Uptown. Dalam video itu, penyanyi terbabit dilihat sedang memilih kasut, manakala wanita yang bersamanya hanya duduk menunggu.

Bukan itu sahaja, isteri penyanyi itu sempat menyindir suaminya dengan mendakwa perbuatannya sudah ditunjukkan oleh Allah iaitu berlaku curang di belakang isterinya.

“Wah, hebat. Allah nak tunjuk sekejap saja,” katanya.

Keadaan kemudian bertukar tegang apabila wanita itu meluahkan kemarahannya secara terbuka di lokasi kejadian. Dia juga mengeluarkan kata-kata kesat serta menggelarkan wanita yang didakwa bersama suaminya sebagai ‘penyondol’, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Artikel lain: Penyanyi lelaki lagu healing dituduh curang, hamilkan wanita-“Baru famous sikit..”

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh individu terbabit bagi menjelaskan perkara sebenar di sebalik dakwaan tersebut.

Sumber: TikTok liezazainal36

Scroll to Top